Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Shahrir Samad berhubung pengumuman oleh SPRM mengenai nama² individu dan entiti yang ditawarkan kompaun di bawah AMLA atau bahasa mudahnya telah menerima wang daripada akaun peribadi DS Najib Razak.

Saya tidak mempunyai sumber kewangan lain kerana saya tidak terlibat dalam sebarang perniagaan. Olih itu, kepada siapa lagi yang saya bolih meminta bantuan kewangan selain dari presiden parti saya. Inilah penjelasan saya secara konsisten.

Saya tidak bolih bercakap bagi pihak Datuk Ahmad Mazlan atau Mas Ermieyati. Mereka tentunya ada penjelasan tersendiri.

Namun apa yang menimbulkan persoalan, apabila Lateefah Koyah mengumumkan pada Isnin lepas mengenai 81 entiti dan individu yang telah ditawarkan untuk mengkompaun kes didakwa dibawah AMLA, hanya saya dan Datuk Ahmad Mazlan yang termasuk dalam kumpulan 81 itu.

Secara ajaib, Mas Ermieyati telah tidak lagi disebut namanya. Pada Ogos 2015, nama kita bertiga disebut olih Sarawak Report. Pada 6hb Oktober, Lateefah Koyah gugurkan nama Mas Ermieyati. Tinggal sahajalah saya dan Ahmad Mazlan.

Umum mengetahui Mas Ermieyati yang pertama melompat keluar dari UMNO masuk PPBM. Tapi mengapa pula Lateefah Koyah gadaikan integriti nya untuk kecualikan seorang yang juga dilaporkan olih Sarawak Report telah menerima sumbangan politik dari DS Najib.

Sudahlah Mas Ermieyati tidak ada integriti politik kerana menjadi katak politik. Kini Lateefah juga sama2 mengadaikan integritinya dengan bertindak secara selektif terhadap kami yang tetap berpendirian politik kami bersama UMNO.

Dalam Malaysia Baru – Malaysia Bersih, yang berkuasa gunakan kuasa itu secara selektif terhadap mereka yang tetap dan teguh dalam prinsip politik.

Inilah harga maruah. Tetap terdedah kepada pendakwaan yang selektif olih mereka yang tidak ada integriti.

#PolitikBermaruah

-Shahrir Samad-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here