Home / Kegilaan PH / [Video] Kerajaan PH Terus Merompak Rakyat Miskin!! – Razlan

[Video] Kerajaan PH Terus Merompak Rakyat Miskin!! – Razlan

Rakyat B40 akan menerima impak yang amat besar apabila Kerajaan menarik balik Subsidi Minyak.

Sekitar RM360 setahun kerajaan akan mengambil duit rakyat miskin dari kantung mereka, dan ini adalah satu jumlah yang banyak bagi golongan B40.

Ini tidak termasuk domino impak harga barangan yang akan naik mendadak sebaik sahaja Subsidi Minyak ditarik balik.

Kerajaan beri RM1 sehari dan RM30 sebulan kepada golong

an B40, walhal perkiraan ringkas sekira menaiki kereta Kancil atau Myvi, ianya akan menerima peningkatan RM60 sebulan sekira di kira dari RM2.45(harga apungan).

Kerajaan patut mempunyai formula yang lebih baik dari merompak duit golongan B40, negara kita mempunyai hasil alam yang banyak, kita ada balak, ada minyak, ada boxite dan pelbagai hasil alam yang boleh menampung perbelanjaan Negara setiap tahun. Formula menarik subsidi minyak adalah perkara yang paling zalim Kerajaan terhadap Rakyat Miskin.

Kegagalan Kerajaan hari ini adalah Bersengkongkol dengan Peniaga yang lari dari Cukai, Kerajaan gagal mengutip cukai daripada Peniaga-peniaga dan akhirnya jalan pintas adalah mengambil dana dari kocek rakyat melalui penghapusan subsidi.

Saya membantah penarikan subsidi ini, demi menjaga kebajikan rakat, dan saya harap, rakyat boleh bersama-sama dalam menbantah pengenalan formula ini oleh Kerajaan PH.

 

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia
8 Oct 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *