Home / NegaraKu / Ini Penjelasan Mengapa UMNO Hadir Ke Kongres Maruah Melayu

Ini Penjelasan Mengapa UMNO Hadir Ke Kongres Maruah Melayu

PENGAKUAN TUN M

“Saya nak mengaku di sini Kerajaan walaupun dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat Kemelayuannya sekarang.

Kalau dahulu kita boleh harap kerana Kerajaan dipimpin oleh orang Melayu kerana orang Melayu memang kuat. Tidak kuat kerana nak taknak pun kita kena ambil kira perasaan orang lain..”

(Petikan amanat Tun Dr. Mahathir di Kongres Maruah Melayu.)

Alhamdulillah, atas keputusan MKT UMNO saya telah mengetuai rombongan 15 orang ahli MKT UMNO menghadhiri Kongres Maruah Melayu (KMM) anjuran Pusat Kecemerlangan Melayu UNIVERSITI MALAYA bersama UITM UPSI DAN UPM.

Turut bersama saya ialah DS TENGKU ADNAN Bendahari UMNO, YAB MB PERLIS, YAB MB PAHANG, PENGERUSI PENGERUSI PERHUBUNGAN PERLIS KEDAH DAN SELANGOR

PAS di wakili Presiden nya sendiri serta YAB MB KELANTAN DAN YAB MB TRENGGANU

Kehadhiran kira kira 6000 orang, kebanyakannya Pelajar IPTA, peserta AIM dll.

Kehadhiran UMNO adalah atas dasar rasa tanggungjawab utk mengikuti wacana berkaitan orang Melayu. Sebagai parti politik yg memikul mandat majoriti Melayu, MKT umno memutuskan utk menghantar wakil bagi mengikuti perkembangan kongres itu

Sebagai pemerhati, kita meneliti setiap resolusi kongres itu. Byk juga yg baik NAMUN SAYANGNYA IA ADALAH RESOLUSI KONGRES ANJURAN UNIVERSITI, maka sejauh mana ia akan di laksana tidak menjamin apa apa. Malah PM dalam ucapannya mengakui kerajaan pimpinannya sekarang TIDAK KUAT KEMELAYUANNYA DAN TERPAKSA MENJAGA HATI ORANG LAIN..

Jika sudah begitu pengakuannya, bererti MARUAH MELAYU telah tergadai akibat parti politik Melayu dalam kerajaan itu sendiri.

Tepatlah tindakan TAAWUN UMNO-PAS dan PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL, yg merupakan satu komitmen jelas menyatukan ummah dan seterusnya menyusun roadmap baru bagi membela MARUAH BANGSA MELAYU.

Justeru kita akan meneruskan pemerkasaan Muafakat Nasional (MN) sebagai satu jalan tuntas. Melayu yg mengaku lemah dalam kerajaan PH boleh jua turut serta dlm MN, asalkan mereka tidak lagi menggadai kedudukan, maruah dan kuasa kepada pihak yg jelas di ketahui tidak menyenangi kekuatan dan kedudukan orang Melayu. Bak kata Tun M, Melayu sendiri yg tak mahu mengambil tanggong jawab terhadap sesuatu, maka sewajarnya lah orang lain menguasai mereka!

Rumusan bagi kita dari Kongres ini ialah ORANG MELAYU MENERUSI UMNO DAN PAS MEMULAKAN PENYATUAN DAN MENGGERAKKAN MUAFAKAT NASIONAL. Kita mengajak seluruh umat melayu bersama dalam muafakat besar ini. Insyaalah DILEMA MELAYU kita lenyapkan dan kita tidak tergulung dalam kalangan MELAYU YG MUDAH LUPA!!!
In Syaa Allah

Penulis : Tan Sri Annuar Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *