Home / UMNO / UMNO Akan Mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2019 Di Tg. Piai?

UMNO Akan Mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2019 Di Tg. Piai?

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tg. Piai pada 16 November 2019 bersamaan dengan tarikh yang akan diadakan Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019).

PRK Tg. Piai

Penamaan calon : 2 Nov
Undi awal : 12 Nov
Undi biasa : 16 Nov

Perhimpunan Agung UMNO 2019

13 – 16 Nov

Memandangkan terdapat pertindihan tarikh dan telah menjadi buah mulut di kalangan ahli UMNO yang pasti akan menghadiri PAU2019 dan dalam masa yang sama hendak menjayakan kemenangan di Tg. Piai, maka bertepatan dengan itu adalah sangat baik sekiranya UMNO mengadakan Perhimpunan nya di Pontian yang merupakan kawasan parlimen paling hampir dan mempunyai fasiliti yang mencukupi berbanding di Tg. Piai. Paling tidak pun, buat jer di Johor Bahru. Tak jauh mana pun kalau nak berkempen di Tg. Piai tuh.

Mungkin cadangan ini akan dipersetujui oleh kebanyakan ahli² UMNO. Soal tempat tinggal, takkan menjadi masalah kepada ahli² UMNO kerana semua boleh berdikari sendiri, kan.

Alang² menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Secara tidak langsung, kita kembalikan semula nostalgia dan bakar kembali semangat UMNO di Johor.

Ubi dan pisang menjadi lepat,
Enak dimakan warga serumpun,
Dari PWTC bertukar tempat,
Kembali ke Johor kita berhimpun.

Amacam, on x on?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *