Home / Kegilaan PH / Mujahid Sentap, Tuntut Permohonan Maaf Dari Asyraf Wajdi

Mujahid Sentap, Tuntut Permohonan Maaf Dari Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mendakwa penjuala aset² strategik Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM2.6 bilion

Asyraf sebelum ini meminta Mujahid  segera mengemukakan penjelasan berkenaan penjualan aset-aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM1.8 bilion.

Mujahid pula berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan terhadap perkara yang tidak mempunyai asas dan merupakan satu pembohongan dan fitnah.

Mujahid : “Kemudian dia kata dia nak minta menteri beri penjelasan, penjelasan atas kepalsuan apa faedahnya?”

Dalam kenyataan medianya pada Isnin, TH memaklumkan bahawa secara keseluruhan pegangan syarikat itu dalam TNB telah bertambah sebanyak RM304 juta semenjak 18 bulan lalu. TH juga menafikan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion atau secara drastik sejak tiga bulan lalu seperti dilaporkan media.

Malah TH memaklumkan sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestiknya telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018 kepada RM7.48 bilion setakat 27 September lalu.

Mujahid yang masih tidak berpuashati menyifatkan Asyraf umpama ‘lebai malang’.

Mujahid : “Apa yang saya nak minta darinya?  Tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu. Jika dia tidak memohon maaf, kita akan mengambil tindakan yang selanjutnya sebab dia secara konsisten telah memburukkan Tabung Haji dan juga kerajaan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *