Home / NegaraKu / Mat Sabu Tuduh Kerajaan Terdahulu Punca Dividen LTAT Jatuh Merundum Teruk

Mat Sabu Tuduh Kerajaan Terdahulu Punca Dividen LTAT Jatuh Merundum Teruk

Bayangkan semasa Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan Persekutuan, dividen Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) boleh mencecah sehingga 12.5%. Tetapi baru setahun dua puak PH memerintah, dividen yang dicapai hanya sekadar 2% sahaja.

Kepundekan apakah ini?

Ehh come on lah, takkan LTAT hilang 10.5% dalam tempoh singkat? Sedangkan sebelum ini boleh jer kadar meningkat 12% kepada 12.5%. Meh baca apa punca kadar berdasarkan hasil yang diraih bagi tahun kewangan 2018 ini merosot.

Mat Sabu, Menteri Pertahanan : “Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan terdahulu menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini (2018)”.

Nik Amlizan Mohamed, Ketua Eksekutif LTAT : “..pelbagai faktor yang melibatkan dua tahun kewangan sebelumnya”.

Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Pengerusi LTAT : “..kepimpinan tidak telus sebelum ini”.

Namun kenyataan ketiga² individu yang bertanggungjawab terhadap LTAT ini disanggah oleh mantan Perdana Menteri DS Najib Razak yang menegaskan sepanjang tempoh 9 tahun beliau menjadi pemimpin nombor satu negara, LTAT menerima dividen yang tinggi, berpurata dan bonus tahunan sepanjang tempoh sebanyak 14.1% setahun.

Dato’ Sri Najib Razak : “Kenapa pula kita tidak mengalami situasai “pelaburan tidak munasabah” sepanjang tempoh itu?”

Ok kalau betul kata Ketua Eksekutif LTAT, kepelbagaian faktor jadi penyumbang kemerosotan dua tahun sebelumnya tapi bagaimana pula dengan tempoh sebelum itu, 2016, 2015, 2014? Adakah dividen ketika itu juga disebabkan kepimpinan tidak telus?

2009: 14% (BN)
2010: 14% (BN)
2011: 15% (BN)
2012: 16% (BN)
2013: 16% (BN)
2014: 15% (BN)
2015: 12% (BN)
2016: 12% (BN)
2017: 12.5% (BN)
2018: 2% (PH)

Atau skrip hari ini digubah mengikut acuan kepimpinan PH disebabkan situasi kegagalan membawa pulangan hasil dan malu untuk mengakuinya? Secara realitinya kepimpinan PH gagal mengurus tadbir kerajaan, gagal meyakini pelabur, gagal menjadi pemimpin dan gagal memahami denyut nadi rakyat tetapi berjaya menyalahkan pemimpin terdahulu bagi menutup kegagalan sendiri.

Senangnya jadi pemimpin PH.

Rafizi mana? Tak nak ulas ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *