Home / Kegilaan PH / Kemenangan Kes Adib : Kegilaan Peguam Negara, Logik Pakar Forensik HKL Dan Keberanian Jururawat

Kemenangan Kes Adib : Kegilaan Peguam Negara, Logik Pakar Forensik HKL Dan Keberanian Jururawat

Alhamdulillah hari ini Mahkamah Koroner membuat keputusan bahawa anggota Bomba, Muhammad Adib yang meninggal akibat dari rusuhan di Seafield, Selangor disebabkan ada unsur² jenayah.

Sudah pasti ini lah saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia berikutan dengan perkembangan yang agak tidak menentu semenjak kes ini mula menjadi hangat di media massa dan kalangan rakyat.

Apa yang pasti, setiap kita semua masih ingat akan wajah ini. Dr. Ahmad Hafizam Hasmi, Pakar Forensik HKL yang mengatakan kematian Adib bukan disebabkan unsur jenayah tetapi disebabkan unsur lain.

“Saya berpendapat kecederaan Adib mungkin akibat dilanggar daun pintu Van EMRS”, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi, Pakar Forensik HKL

 

Namun pendapat tersebut disanggah oleh seorang jururawat yang tidak mampu mengawal emosi ketika merawat arwah dan mengikuti perkembangan kes ini. Jururawat tersebut dikenali dengan nama Cik Miera.

 

 

Biar pun ketika itu jururawat berkenaan membuat spekulasi ini, banyak pihak yang menyokong keberanian dan kebenaran yang cuba ditegakkan beliau. Namun ianya tidak berakhir di situ saja, beliau akhirnya telah diminta untuk memohon maaf dan dipanggil sebagai saksi. Ketika itu, kemungkinan besar jawatan dan sumber pendapatan keluarga dipertaruhkan bagi memastikan beliau tidak membuat sebarang kenyataan berlawanan dengan Pakar Forensik HKL.

Meskipun beliau diberi peringatan oleh Ahli Parlimen PKR Kangar, YB Noor Amin Ahmad berkenaan isu ini, namun rakyat tetap merasakan apa yang dikatakan oleh Cik Miera adalah benar dan sedikit sebanyak kemungkinan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah hari ini.

Berkemungkinan inilah hal yang menjadi titik mengapa rakyat bakal berterusan membenci Peguam Negara yang kelihatan bersungguh² menyebelahi pelaku kematian Adib.

Inilah pengakhirannya apabila permohonan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital (menghina mahkamah) yang difailkan Mohd. Kassim Abdul Hamid iaitu bapa kepada anggota bomba, Muhammad Adib ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *