Sebelum ini Malaysia diiktiraf dunia kerana mempunyai Perdana Menteri tertua di dunia dan hari ini sekali lagi dunia menobatkan Malaysia negara paling teruk tahap pencemaran udaranya mengatasi negara yang menjadi punca kepada permasalahan darurat ini.

Hal ini disebabkan jerebu yang melanda negara dan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu pada bacaan 266. Ia merupakan bacaan tertinggi di dunia, diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178).

Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.

Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini.

Rujukan : Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here