Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal sepertimana yang diwiridkan selagi semua pihak termasuk kepimpinan kerajaan negeri dan pusat melaksanakan segala tanggungjawab demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Malah tegas beliau lagi, dakyah yang sedang dimainkan bahawa PH adalah kerajaan satu penggal tidak harus menjadi wirid kepada mana-mana pimpinan dalam AMANAH maupun PH. Sebaliknya wirid-wirid tersebut tidak sepatutnya menjadi amalan yang akan melemahkan semangat dan perjuangan yang sedang dilakari oleh PH.

Hihi halo Pak Cik, orang takkan sebut #KerajaanSepenggal kalau korang tak kencing rakyat pada awal² pemerintahan. Tapi sekarang ni, kalau nak cover semula dosa² silam, dah tak berguna sebab rakyat dah masak sangat dengan perancangan dan strategi puak PH. Rakyat dah meluat dan taknak kena kencing kali kedua.

Berani berjanji tapi gagal nak kotakan janji sebab ada agenda tersendiri. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here