Home / Luar Negara / Syarikat Malaysia Didakwa Melakukan Pembakaran Terbuka Di Indonesia Pulak

Syarikat Malaysia Didakwa Melakukan Pembakaran Terbuka Di Indonesia Pulak

Kerajaan Indonesia melalui Menteri Lingkungan Hidup & Kehutanan (Alam Sekitar), Siti Nurbaya berkata, terdapat beberapa buah syarikat terkait dengan kerajaan Malaysia yang merupakan tuan empunya ladang di sana telah melakukan pembakaran hutan secara terbuka sehingga menyebabkan jerebu melanda Asia Tenggara.

Syarikat-syarikat tersebut adalah ;

  1. Sime Indo Agro (anak syarikat Sime Darby Plantation)
  2. Sukses Karya Sawit (IOI Corporation)
  3. Rafi Kemajaya Abadi (TDM Berhad)
  4. Adei Plantation and Industry (Kuala Lumpur Kepong Group

Ok kita faham dengan perkara di atas kan.

Persoalannya adalah kejadian pembakaran ini berlaku di mana sebenarnya? Bukan di Malaysia tetapi di Indonesia. Perkara pokoknya, di mana akta atau undang-undang yang patut pihak berwajib di sana kuatkuasakan. Takkan tiada akta atau undang-undang agar tiada pembakaran terbuka dilakukan sewenang-wenangnya di sana.

Perkara kedua, secara jelasnya keempat-empat syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada syarikat Malaysia. Umpamanya seperti begini, rasanya mungkin tiada siapa pun di Malaysia tahu mengenai hal yang dirasakan tidak patut berlaku dan barangkali melanggar peraturan negara tersebut. Contoh macam staf di Indonesia, hisap rokok dalam pejabat, takkan lah ibu pejabat di Malaysia boleh tahu.

Ketiga, adakah hanya empat buah syarikat ini sahajakah yang membuat pembakaran terbuka dan menjadi penyebab jerebu di seluruh Asia Tenggara? Jika bukan empat buah syarikat ni, lebih adil sekiranya nama-nama syarikat lain yang terlibat juga disenaraikan. Tidak adil kan, hanya menamakan syarikat milik Malaysia sahaja dan sedikit menimbulkan rasa cemburu Singapura kerana takkan lah pula tiada syarikat dari negara tersebut yang mempunyai ladang @ tanah pertanian di sana, kan hehe.

Alasan remeh ini seperti kita semua dapat teka adalah tindakan terdesak kerajaan Indonesia menuding kesalahan kepada negara lain dan pastinya Malaysia. Atau dalam bahasa sainstifiknya adalah negara Indonesia umpama kain putih yang tiada kotornya, marhein dan tiada dosa puiii.

Tapi daripada syarikat yang disenaraikan itu, salah satunya dikatakan milik seorang Menteri PH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *