Home / Kegilaan PH / DAP Kalau Benar Serius Nak Hapuskan Rasuah, Cuba Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

DAP Kalau Benar Serius Nak Hapuskan Rasuah, Cuba Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta Peguam Negara membuka semula kes banglo bawah nilai yang dibeli anaknya, Lim Guan Eng.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini berikutan tindakan Kit Siang yang berani mencabar golongan belia untuk menentang rasuah menerusi penulisan blognya yang bertajuk The Fourth Challenge to Malaysian Youth.

Katanya, Kit Siang berpendapat rakyat Malaysia berkeinginan mempunyai kerajaan bersih dan sifar rasuah.

Namun, katanya, Kit Siang terlebih dahulu perlu menunjukkan teladan yang baik sebelum mencabar golongan belia berkenaan.

“Kes rasuah membabitkan Guan Eng akan menjadi ujian untuk melihat sama ada Kit Siang jujur, ikhlas dalam membanteras rasuah selain mengalih isu dengan menggunakan isu tulisan Khat dan Lynas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, sebelum Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, Guan Eng selalu mendakwa kes berkaitan dengannya adalah satu pendakwaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sekarang, katanya, dia (Guan Eng) sepatutnya mempunyai lebih keyakinan dalam sistem kehakiman terkini.9

“Jika dia (Guan Eng) berasa dirinya tidak bersalah, jadi, dia perlu turuti proses perundangan sedia ada,“ ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *