Home / NegaraKu / Lelaki ini Kongsikan Tandatangan Wee Ka Siong Dalam Jawi

Lelaki ini Kongsikan Tandatangan Wee Ka Siong Dalam Jawi

Perkongsian di fb milik Azamrin Noor menceritakan pengalaman beliau pernah berniaga di sebuah program UMNO sekitar 2009.

Ketika itu, booth perniagaannya didatangani oleh YB Wee Ka Siong yang pada itu menjawat jawatan Timbalan Menteri & Ketua Pemuda MCA.

Teringat ambo (saya) masa tu tahun 2009. Bukok (buka) booth kat program UMNO. Ramailah pemimpin-pemimpin parti kerajaan masa tu masuk booth ambo termasuklah (YB) Wee Ka Siong, masa tu dia Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Menteri.

Ambo holor (hulur) guest book untuk dia tanda tangan sebagai tanda kenangan diri ambo. Rupanya tanda tangan dia kut jawi. bila ambo tanya katanya dia meminati Khat. Sengaja ambo kongsi gambar tanda tangan dia takut ada hak kata ambo kecek saja.

Lagi berapi lah puak ekstremis DAP tengok cerita ni pula haha. Siapa sangka, seorang pemimpin Cina mempunyai tandatangan dalam tulisan Jawi. Takda pula Wee Ka Siong convert masuk Islam disebabkan tandatangan Jawi tersebut. Apa yang dijaja oleh puak DAP selama ini adalah sekadar politik menakut²kan rakyat terutama ibu bapa bukan beragama Islam.

Apa pun yang paling penting, ianya diperakui sendiri oleh tuan empunya badan. Cantik sign ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *