Member of Parliament for Kuantan and deputy minister in the prime minister's department, Fuziah Salleh

Produk keluaran Bumiputera tidak semestinya secara automatik menjadi produk halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

“Apabila anda seorang peserta industri Bumiputera, produk anda tidak semestinya halal, bukan itu cara berfikir yang kami bawa. Apa yang kami perkatakan adalah prinsip Halalan Toyyiban.

“Sesetengah Bumiputera Melayu tidak mematuhi prinsip Halalan Toyyiban. Anda masuk ke dapur mereka, ia mungkin tidak bersih. Jadi kami (Jakim) perlu memastikan prinsip Halalan Toyyiban. Ia bertujuan mendidik masyarakat tentang aspek Halalan Toyyiban,” katanya.

Ok kita stop setakat sini saja. Semua orang tahu, untuk apply sijil Halal di Malaysia ini bukan perkara mudah. Halal bukan saja dari segi bahan-bahannya saja tapi merangkumi tahap kebersihan dan keseluruhan proses penyediaan sesuatu produk yang dihasilkan.

Tapi seperkara yang kita nak fahami kat sini adalah kenyataan daripada seorang Menteri Muslim yang barangkali cuba untuk memberi persepsi bahawa beliau menyebelahi nasib-nasib peniaga bukan Muslim. Yelah kan, dah jadi Menteri kena lah bersikap adil kepada semua kaum, kan.

Padahal sebenarnya kau takyah komen pun takpe. Buat sakit hati jer statement macam tu. Lagi satu, bukannya membantu pun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here