Home / Luar Negara / Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian Akhir]

Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian Akhir]

Sambungan..

Suatu ketika, Madinah ditimpa kemarau. Penduduk di Madinah sangat memerlukan air, namun telaga yang memiliki air pada ketika itu dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah. Dia mula menindas orang ramai yang memerlukan air dengan harga yang tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah.

Lalu Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”

Mengetahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera pergi bertemu dengan Ruumah untuk membeli telaga itu. Namun, Ruumah tidak mahu menjualnya. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga yang sangat tinggi untuk membeli hanya separuh dari telaga tersebut. Ruumah tidak faham bagaimana boleh telaga itu boleh dibeli separuh. Maka Uthman bin Affan berkata kepada Ruumah bahawa masyarakat akan membeli air dari Ruumah pada hari ini dan keesokkannya beli dari Uthman bin Affan pula.

Begitulah seterusnya telaga ini digilir-gilirkan.

Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datanglah ambil air sepuas-puasnya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.

Maka umat Islam semua menyokong kempen tersebut sehingga menyebabkan Ruumah tidak mendapat sebarang hasil jualan pada hari gilirannya. Namun, dia melihat umat Islam boleh mengambilnya secara percuma pada hari giliran Uthman bin Affan. Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.

Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen. Sebagai pemegang kuasa pembeli dan pengguna yang kuat, mereka bersatu padu untuk mengikuti strategi kempen tersebut.

Walaupun pada mulanya Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit untuk membeli separuh telaga dengan harga yang tinggi, namun setelah kempen ini berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki keseluruhan hak milik telaga ini dengan harga yang murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.

Kesimpulan

Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Akhir sekali, tiada guna ada peniaga bijak dan platform disediakan tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan umat. Umat selaku komuniti perlulah bersama-sama membantu ekonomi sesama Muslim.

Walaupun akan mengalami kesukaran diawal usaha, namun dengan 3 keypoint utama ini, maka nikmat keuntungan dibelakang hari kelak akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan kepada asnaf-asnaf pula untuk sama-sama membentuk ummah yang mantap ekonominya.

Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.

Buy Muslim 1st

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *