Home / Luar Negara / Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian 2]

Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian 2]

Sambungan..

Selain membina Masjid di Madinah, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah adalah mewujudkan Pasar.

Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang antaranya ialah Pasar Qainuqa, maka Rasulullah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk melihat sistemnya. Apa yang menyedihkan, orang-orang Madinah juga sudah lama terjerut dengan sistem jual beli Yahudi yang penuh dengan penipuan dan penindasan, sistem perniagaan dan pinjaman yang jahat berasaskan sistem riba yang mencekik.

Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem tersendiri dengan bersabda “Beginilah pasar kamu”.

Rasulullah mula mengatur langkah, dengan setup satu kawasan lapang yang tidak jauh dengan masjid sebagai Super Market Madinah. Nabi mula mengalihkan tumpuan mesyarakat Arab dari pasar Yahudi ke kawasan kaum Muslimin. Konsep pasar diilhamkan oleh Rasulullah ini sangat menarik untuk dijadikan pedoman buat kita semua.

Konsep Pasar Rasulullah

1.Nabi menyediakan satu tanah yang lapang untuk dijadikan pasar di dalam kawasan Masjid. Pasar berkonsepkan Waqaf ini sama fungsinya dengan Masjid. Menjadi Hak bersama kaum muslimin sepertimana konsep Masjid.

2. Mengarahkan supaya kawasan pasar mudah dimasuki, tidak disempitkan dgn binaan-binaan kekal dan tak dibenarkan pemilikan tanah tetap atau pemilihan lokasi. (konsep siapa cepat dia dapat.. atau turutan saf ).

3. Pasar yg terbuka kepada semua, tampa dikenekan bayaran cukai atau sewa keatas peniaga-peniaga (macam org nak solat di masjid) .

4. Mempraktikkan segala Hukum hakam islam, yang berkait dengan Hukum Muamalah (jual beli).

5. Menugaskan Umar Al-khattab sebagai pegawai yg menjaga perjalanan undang2 pasar. Disini ada petugas yang ditugaskan untuk menjaga system dan disiplin pasar.
– Disiplin kebersihan
– Disiplin Jual beli
– Disiplin Hutang Atau Pinjaman
– Disiplin masa buka dan tutup
– Disiplin waktu solat

6. Nabi menerapkan pula dalam diri Masyarakat islam Madinah semangat Keusahawanan dengan memotivasi rakyat agar berkerja keras, menerapkan konsep KERJA itu adalah ibadah, pernigaan yg jujur dan amanah itu sebagai ibadah, Pertanian dan menyuburkan Tanah-tanah yang telah mati juga sebagai ibadah.. Semuanya ada ganjaran pahala dan Syurga disisi Allah SWT

7. Melaksanakan Sistem pusingan aliran wang dengan kaedah Zakat, yg berpusing di antara si kaya dan si miskin. Dengan cara itu, pasar Madinah mula mendapat sambutan hangat dari Masyarakat Arab, dan secara tidak langsung, mampu bersaing harga dengan pasar besar Yahudi di perkampungan Bani Qainuqa’. Dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad dan rahmat dari Allah, Lama kelamaan, pegangan Ekonomi bangsa Yahudi semakin lama semakin lemah.

Rasulullah bukan sahaja berjaya membina Aqidah Ummah islam.. Bahkan Nabi membangunkan satu sistem ekonomi islam yang kuat dan sejahtera.

Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada para pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam perlu terkongkong dengan hanya pasar milik orang Yahudi jika umat Islam sendiri boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.

Sambung ke Bahagian Akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *