Home / Luar Negara / Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian 1]

Bagaimana Rasulullah S.A.W Pecah Monopoli Yahudi Di Madinah [Bahagian 1]

Ketika umat Islam (kaum Muhajirin) berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka. Sebaliknya mereka hanya berhijrah dengan sehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru.

Suasana ekonomi di Madinah pada ketika itu berada dalam cengkaman monopoli orang Yahudi. Mereka menguasai perdagangan antara kota, pertanian, tenunan pakaian, industri besi dan emas serta pinjaman kewangan dengan riba yang sangat tinggi.

Setelah tiba di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’ iaitu antara orang terkaya dalam kalangan Ansar. Saad bin Rabi’ ingin memberi salah seorang isterinya dan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak pelawaan itu sebaliknya berkata, “Tunjukkan aku dimanakah pasar yang paling sibuk dengan perniagaan”.

Maka Saad bin Rabi’ pun menunjukkan kepadanya Pasar Yahudi Qainuqa. Abdul Rahman bin Auf yang sebelum ini merupakan hartawan dan usahawan di Mekah terus memulakan perniagaan di pasar Yahudi itu tanpa takutkan persaingan. Antara dagangannya adalah perniagaan unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga yang tidak setinggi jualan orang Yahudi.

Walaupun margin keuntungannya sedikit, namun beliau telah menarik ramai pelanggan dek kerana harga yang tidak terlampau mahal. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, menjadi suatu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan tali pengikat unta. Dari sinilah Abdul Rahman bin Auf mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta.

Pengajaran dari kisah pertama ini adalah, “Peniaga Muslim perlu ada skill & strategi perniagaan”.

Apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah market research (cari pasar paling sibuk), trust through branding (unta Uthman harganya tidak terlampau mahal seperti peniaga Yahudi) dan supply & demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).

Sambung ke Bahagian Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *