Home / Kegilaan PH / Guan Eng Kecewa Rakyat Boikot Barangan Bukan Bumiputera

Guan Eng Kecewa Rakyat Boikot Barangan Bukan Bumiputera

Dengan nada yang kecewa dan marah, Menteri Kewayangan Lim Guan Eng berkata orang Bumiputera juga patut memboikot barangan luar negara termasuk telefon bimbit.

Ek elehh macam budak-budaklah Menteri korang ni punya perangai. Dalam soal nak beli barang keperluan rakyat terutamanya barang dapur, suka hati rakyat lah nak beli produk jenis dan keluaran sesiapa sekali pun. Pastu dia dok label kita ni sebagai golongan ekstremis perkauman dan agama pula.

Halo Guan Eng !

Lu tak faham ka kuasa membeli? Rakyat berhak membuat pilihan untuk membeli barangan keperluan harian mereka. Pilihan yang ditawarkan memang banyak dan rakyat kena berhati-hati buat pilihan bijak supaya barangan yang hendak dimiliki tersebut berkualiti, menepati cita rasa dan di dalam paras harga yang berpatutan.

Takkan nak paksa rakyat untuk terima barangan yang mana harganya tidak mesra kepada pembeli dan mungkin ada campuran bahan tidak halal?

Korang jadi kerajaan hari ini, sibuk nak jaga perut tembolok peniaga. Ehhhh lu datang dari sokongan tangan rakyat, patutnya cari solution bagaimana nak selesaikan masalah kos sara hidup rakyat. Bukannya dok sembang mengenai kononnya ada gerakan ekstremis kaum untuk menolak perniagaan orang bukan Bumiputera.

Semasa Barisan Nasional mentadbir, kerajaan sering dipermainkan (disabotaj) dan gagal menangani permasalahan kawalan harga barang yang kian meningkat. In the end, kerajaan ketika itu mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bertujuan membantu meringankan perbelanjaan rakyat membeli barangan keperluan harian dan dapur. Begitu juga Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan Kad Ceria untuk tujuan yang sama. At least ada sesuatu dilakukan kerajaan untuk rakyat. Bukan seperti kerajaan hari ini, mencari salah sehingga kerjasama UMNO dan PAS pula dilibatkan juga.

Kalau nak bercakap boikot ini, semua kaum mungkin mempunyai interest yang sama iaitu membantu menaikkan ekonomi bangsa sendiri. Tipulah sekiranya Guan Eng tiba-tiba jadi bodoh dan tak tahu mengenai perkara memang diamalkan kalangan kaum Cina sendiri. Kaum Cina terutama ekstremis agama seperti puak DAP lebih ke hadapan bab mempertahankan kepentingan dan perniagaan kaum mereka berbanding orang Melayu dan India.

Itu belum kita masuk bab 2 (dua) harga yang berlainan mengikut kaum seperti diamalkan sesetengah peniaga Cina sebelum ini. Tapi bukan di situ niat asal orang Melayu memilih produk berkualiti pembuatan yang diperakui lebih bersih dan halal. Kepelbagaian produk di pasaran memberi pilihan kepada rakyat. Ada yang gemar produk berasaskan keluaran Muslim dan ada juga orang Melayu yang masih membeli produk-produk bukan keluaran Bumiputera hari ini dan ianya tidak mengapa sebab pilihan di tangan masing-masing.

Jangan ludah ke langit lah Guan Eng !

One comment

  1. U BAGITAU U PUNYE BANGSA…DARI DULU ORG U BOIKOT WA PUNYA BANGSA MAA..MAU MENIAGA PON LU ORG XBLEH TOLONG PASARKAN…SIKARANG WA PUNYA BANGSA MAU NIAGA WA PUNYA BANGSA TOLONG ADA SALAH KE?,,,WA SUDAH BELI BRG DEKAT WA PUNYA BANGSA MA,,LAGI MAU BELI BARG SAMA KEDAI BANGSA LU ,,LU ADA MANYAK LUET BOLEH LAA,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *