Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia hari ini memberitahu bahawa mereka akan memperhalusi cadangan untuk meningkatkan had usia bersara dari 60 tahun ke 65 tahun seperti negara-negara maju katanya.

Secara peribadi, aku tak nampak kat mana kewajaran cadangan ini tapi apa yang pasti jika cadangan ini digunapakai kelak pasti akan menyebabkan peningkatan statistik pengangguran di kalangan anak muda terutamanya graduan universiti mahupun kolej swasta.

Secara tersuratnya adalah sekali lagi kerajaan Pakatan Haprak gagal mengotakan janji manifesto iaitu menyediakan 1 juta peluang pekerjaan. Lebih 100 ribu orang telah dibuang kerja semenjak PH memerintah.

Jika cadangan ini diangkat maka implikasinya akan terkena kepada golongan yang disebut-sebut sebagai pelapis kepimpinan negara.

  1. Jumlah hutang PTPTN akan bertambah kerana bekas graduan gagal membayar dek tiada pekerjaan.
  2. Lebih ramai anak-anak muda menjadi korban jalan raya kerana peluang bekerja sebagai pemandu kereta dan penghantar makanan e-hailing saja yang sentiasa terbuka. Itu pun jika ada kenderaan sendiri.
  3. Keadaan ekonomi tempatan akan semakin merundum kerana kekurangan aktiviti membuat pinjaman bank dan membeli rumah disebabkan tiada penjawat awam muda.
  4. Penghijrahan generasi muda ke luar negara, mencari peluang pekerjaan dan bina kehidupan.

Pelbagai lagi ketidakstabilan dijangka akan berlaku kelak. Ini belum sembang bab survival diri dan keluarga. Jika hendak dihuraikan, sudah tentu panjang berjela-jela. Namun inilah reality yang bakal rakyat hadapi 5 hingga 10 tahun akan dating sekiranya PH bercita-cita merealisasikan cadangan ini.

Itu belum cerita bab nyanyuk sebelum waktu nya dan tahap efisyen membuat kerja di dalam pejabat kelak. Maka sebelum kerajaan nak gunapakai cadangan ini dan menjaga hati pihak-pihak tertentu, lebih baik fikirkan masa depan generasi muda hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here