Home / Luar Negara / Tentera Brazil Dikerah Bantu Padam Kebakaran Hutan Amazon

Tentera Brazil Dikerah Bantu Padam Kebakaran Hutan Amazon

Jet tempur tentera Brazil mencurahkan air di kawasan hutan Amazon yang terbakar di negeri Rondonia sebagai reaksi kepada bantahan global berhubung pemusnahan hutan hujan tropika terbesar dunia itu.

Bermula semalam, Presiden Jair Bolsonaro, membenarkan operasi tentera di tujuh negeri membantu memadamkan kebakaran di Amazon, bertindak balas kepada permintaan daripada kerajaan tempatan, kata jurucakap pejabatnya.

Bolsonaro mengumumkan tentera dihantar membantu Jumaat lalu selepas beberapa hari dikritik daripada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia bahawa kerajaan Brazil tidak bertindak memadamkan api.

Puluhan anggota bomba daripada agensi penguat kuasaan alam sekitar, Ibama, mudah membersihkan bara dengan penyedut daun, menyembur ia dengan jet dihubungkan dengan pek air yang diletakkan di belakang mereka.

Video yang disiarkan Kementerian Pertahanan kelmarin menunjukkan pesawat tentera mengepam ribuan liter air daripada dua jet besar ketika melepasi kepulan asap berhampiran kanopi hutan.

Tindakan diambil apabila pemimpin G7 yang kini bermesyuarat di Perancis menyuarakan kebimbangan berhubung kebakaran itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semalam berkata G7 sudah hampir mencapai persetujuan membekalkan bantuan teknikal dan kewangan kepada negara yang terjejas susulan kebakaran di Amazon.

Hampir 80,000 kebakaran didaftarkan di seluruh Brazil sehingga 24 Ogos, tertinggi sejak 2013, menurut agensi penyelidikan angkasa lepas, INPE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *