Akhirnya pemimpin DAP yang disyaki merogol pembantu rumahnya mengumumkan bercuti daripada tugas-tugas rasmi sebagai ahli exco kerajaan negeri Perak.

Orang Kena Tuduh (OKT) mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya keputusan ini bagi membolehkan dirinya memberi tumpuan kepada perbicaraan dan juga dapat membersihkan namanya. Paul berpandangan, sebagai seorang ahli politik, beliau sepatutnya meletakkan kepentingan kerajaan negeri melebihi daripada kepentingan peribadi.

Hahahaha..

Paul sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan ke atasnya yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berasas.

“Saya yakin fitnah ini merupakan suatu komplot jahat yang bermotifkan politik dan pertuduhan bersifat jahat ini telah menyebabkan kesusahan terhadap rakan sekerja, ahli keluarga dan juga diri saya,” – OKT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here