Home / UMNO / Orang Melayu Pun Tak Tahu Wujudnya Bahan Pornografi Bertulisan Jawi

Orang Melayu Pun Tak Tahu Wujudnya Bahan Pornografi Bertulisan Jawi

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi kerana berjaya membuat penyelidikan berhubung tulisan Jawi secara lebih mendalam dan agak lengkap butiran tersebut. Menjadi persoalan dan kebimbangan ramai adalah dari mana beliau mendapat sumber bahan yang dibentangkannya.

Secara peribadi, saya beranggapan tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab dan sengaja menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan orang Melayu khususnya. Tiada keperluan untuk beliau memasukkan elemen berunsurkan pornografi di dalam pembentangannya bagi menguatkan lagi asas sejarah tulisan Jawi ini.

Jika beliau seorang peka dengan sejarah perkembangan Melayu di sini, beliau boleh saja memberikan contoh terdapat pelbagai penggunaan tulisan jawi dari dahulu sehingga kini. Antaranya Batu Bersurat di Terengganu (1303), Surat Perjanjian Pangkor (1874), Pemidang Malayan Union (1946) dan sejarah Kesultanan Melayu. Bahkan sejarah kedatangan rombongan Maharaja China pun ditulis dalam tulisan Jawi. Jika Ahli Parlimen Kluang tidak tahu akan perkara ini, maksudnya beliau seorang buta sejarah.

Kami faham dan mengerti maksud di sebalik segala tindakan Ahli Parlimen Kluang ini. Ia berkisarkan kepada isu hangat semasa dan persaingan untuk memenangi kembali hati kaum Cina yang telah ditipu selepas Pilihanraya Umum 14 (PRU 14) yang lepas dan cubaan menanam kebencian terhadap perkara ini. Janganlah aibkan diri sendiri dengan bahan-bahan porno bertulisan Jawi ini kerana kami khuatir ianya mungkin akan membuatkan ahli DAP yang lain terjebak sehingga terogol pembantu rumah sendiri, kelak.

Sehingga diberitahu ini, barulah kami sedar akan kewujudan bahan porno bertulisan jawi ini dan kami tidak pernah ambil peduli mengenainya langsung sebab tidak berfaedah dan tidak bermanfaat untuk generasi akan datang.

Hal paling utama, DAP harus berhenti menghasut, menanam sifat benci dan mensensasikan isu ini. Berhenti kelirukan rakyat dan menghina orang Melayu dan tulisan Jawi. Jika tidak setuju, memadailah dengan bersuara tidak bersetuju. Jika nak adakan taklimat, gunakan ruang tersebut sebaiknya tanpa memperlekehkan orang Melayu dan tulisan Jawi. Jadilah masyarakat yang saling hormat menghormati dan jauhi segala perkara yang boleh menimbulkan suasana tegang sesama kaum di sini.

Tiada provokasi maka tiada ancaman.

MOHD RIZIQIN HILLAN BIN MD HASBULLAH
Naib Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *