Berdasarkan fasal 21.16 Pelembagaan PKR mana-mana ahli pimpinan pusat mungkir menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan di dalam Majlis Pimpinan Pusat dan dan Majlis Pimpinan Pusat berhak menguatkuasakan fasal ini.

Jika berdasarkan fasal ini adakah ini bermaksud kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR sudah gugur?

Ini berdasarkan pendedahan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa Mohamed Azmin tidak pernah hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

Pengadu diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P Jenapala akan mengemukakan aduan tersebut di Putrajaya esok.

Menurut Jenapala, mereka mahu mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan Mohamed Azmin selepas beliau disahkan tidak hadir mesyuarat MPP.

“Tujuan kami ke sini hari ini bukan untuk memecahbelahkan parti. Kami sebagai ahli PKR keliru dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR.

“Setiausaha agung (Saifuddin Nasution Ismail) kata Azmin tidak hadir sejak 2018 dan tidak memberi alasan. Perlembagaan parti menyatakan bahawa tidak hadir tiga kali berturut-turut tanpa alasan disifatkan sebagai letak jawatan.

“Tapi, timbalan setiausaha (Dr Edmund Santhara) pula kata fasal 21.16 tidak pernah digunakan. Dan Azmin sudah memberitahu alasannya kepada presiden parti (Anwar Ibrahim).




LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here