Home / Hiburan / Pelakon Cantik Ini Didakwa Menghisap Kemaluan Pengurusnya?

Pelakon Cantik Ini Didakwa Menghisap Kemaluan Pengurusnya?

Pelakon Sarah Hildebrand tampil dengan pengakuan dan pendedahan sebenar punca putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina.

“Saya sering melakukan perkara yang tidak patut. Banyak kali teman rapat saya meminta saya meninggalkan dia, saya selalu memberikan alasan sebab saya mahu jadi optimistik.

“Sepanjang perhubungan, saya sering dihina dan dibuli. Tidak wujud komunikasi apabila berbicara tentang masa depan bersama. Sudah tentu ada niat tetapi dia sering melencongkan topik tersebut. Saya penat!

“Saya sering dituduh curang kerana katanya ‘saya ada potensi’ (berbuat sedemikian), tetapi pada suatu hari Allah maha adil, bekas kekasih saya mengaku dia berlaku curang dengan seorang gadis lain.

“Namun, saya masih cuba untuk memperbaikinya (sebab saya bodoh!).

“Saya ingatkan saya boleh melupakannya dan hubungan kami kembali jernih tetapi gagal. Saya dihantui dengan sikapnya.

“Jadi, bayangkanlah sendiri selama tempoh lima tahun saya dilukai berulang kali semestinya seseorang itu akan putus asa dalam perhubungan yang sudah dibina,” dedah Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Disebabkan itu kata Sarah dia mengambil keputusan untuk fokus pada karier dan mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya.

Pintu rezekinya terbuka luas, karakter Nadine dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mencuri hati peminat.

“Namun, saya dituduh pula mahukan populariti dan dituduh menghisap kemaluan pengurus saya. Maaf saya bukannya perempuan jalang!

“Saya akan pastikan setiap wang yang diterima datang daripada sumber yang halal kerana saya menjaga ibu saya dan takkan biarkan rezeki itu datang daripada duit haram.

“Itu sudah melampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambus, dan itulah yang saya lakukan!” tambahnya.

Pendedahan Sarah itu dengan niat yang murni untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai agar belajar daripada kesilapannya.

Kata Sarah, tidak salah untuk meninggalkan sesuatu perkara seandainya hati tidak tenang.

“Kalau seseorang tidak membuatkan kamu gembira, tinggalkan dia.

“Anda tidak perlu memberikan apa-apa alasan melainkan sayangi diri sendiri terlebih dahulu,” ujar Sarah lagi.

Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, ramai pihak terutamanya netizen yang mengandaikan individu yang dimaksudkan adalah pengacara dan pelakon kacak Nabil Mahir.

Pada Februari lalu, Sarah dan Nabil membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama.

Lebih sensasi apabila Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar Sarah namun tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *