Home / NegaraKu / Sejarah Bakal Tercipta Apabila UMNO & PAS Meterai Piagam Muafakat

Sejarah Bakal Tercipta Apabila UMNO & PAS Meterai Piagam Muafakat

Sudah pasti berita ini amat menggembirakan pelbagai pihak terutamanya orang Melayu. Dua buah parti terbesar orang Melayu kini berada di fasa akhir rundingan dan akan memuktamadkan kerjasama penyatuan ummah dengan termeterai Piagam Muafakat pada pertengahan September 2019 ini.

Sudah pasti mereka yang paling terharu dan gembira dengan kerjasama ini adalah ahli² kedua-dua parti yang kini telah yakin untuk duduk semeja dan berbincang mengenai hala tuju masa depan anak bangsa.

Baca kenyataan media bersama UMNO PAS ini.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG UMNO PAS BERHUBUNG PIAGAM MUAFAKAT DIANTARA KEDUA-DUA PARTI

UMNO dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Untuk itu, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan SATU PIAGAM BERSAMA dan SATU MEMORANDUM PERSEFAHAMAN yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini.

Kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu MAJLIS MENANDATANGANI PIAGAM pada Hari Sabtu, 14 September 2019, jam 11 pagi bertempat di DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) KUALA LUMPUR.

Kedua-dua parti memutuskan PIAGAM INI AKAN DITANDATANGANI SENDIRI OLEH PRESIDEN KEDUA-DUA PARTI.

Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara.

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung
UMNO MALAYSIA

Dato’ Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Bersama² kita mendoakan agar kerjasama ini diberkati oleh Allah S.W.T dan mendapat sokongan rakyat Malaysia hendaknya. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *