Home / Kegilaan PH / Bersatu Parti Kecil, Patut Sertai UMNO

Bersatu Parti Kecil, Patut Sertai UMNO

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya menyertai UMNO yang lebih besar daripada parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lagipun, Puteri UMNO menyifatkan parti itu adalah rumah bagi orang Melayu sejak sekian lama, selain parti yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

“UMNO adalah rumah kita, rumah tempat kita berteduh sekian lama, tidak tergamak untuk kita ikut orang yang telah terlebih dahulu tinggalkan rumah keramat ini dan bersama musuh.

“Amat janggal jika UMNO parti yang besar untuk sertai PPBM parti kecil, mengapa tidak mereka yang sertai kita?,” soal Ketua Puteri UMNO< Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau tidak menafikan orang Melayu kini berpecah kepada enam parti politik.

Tetapi, soalnya, siapakah sebenarnya punca kepada perpecahan ini?

“Setelah pecah-belahkan Melayu, kenapa tiba-tiba nak bercakap tentang penyatuan Melayu? Kuatkan Melayu untuk lawan siapa? Atau apakah tiba-tiba merasakan DAP suatu ancaman. Kalau benar siapakah yang berikan kekuatan kepada DAP selama ini?,” tanya Zahida lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli ahli UMNO fikirlah dengan masak-masaknya.

“Adakah kita sanggup pergi kepada orang yang telah lari dari perjuangan parti kita?,” katanya.