Home / Hiburan / Penyanyi Era 70an, Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Penyanyi Era 70an, Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Penyanyi Era 70an, Dahlan Zainuddin meninggal duniaPENYANYI veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, meninggal dunia selepas empat hari berada dalam keadaan koma kerana serangan angin ahmar sejak Sabtu lalu.

Isterinya, Datin Effa Rizan yang mengesahkan mengenai berita sedih itu berkata arwah meninggal dunia kira-kira pukul 9.48 malam, Selasa.

Penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu, selepas solat Zohor.

Sebelum itu jenazah dijadulkan akan dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar untuk dimandikan.

Pada Sabtu lalu Dahlan diserang strok buat kali kedua di bahagian kanan ketika menanti waktu berbuka puasa.

Dahlan memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975.

Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.