Terima kasih lepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir ke majlis sembang santai townhall rakyat bersama pemimpin-pemimpin pembangkang di Dewan Merdeka PWTC pada Sabtu 6 April 2019 pada pukul 12 tengahari.

Antara pemimpin-pemimpin yang telah hadir untuk sesi sembang santai dan bersoal jawab bersama rakyat ialah:

1. YB Dato’ Seri Najib Razak, Mantan Perdana Menteri
2. YB Tan Sri Vigneswaran, Speaker Dewan Negara, Presiden MIC
3. YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO
4. YB Dato’ Seri Wee Ka Siong, Presiden MCA
5. YB Dato’ Seri Ti Lian Ker, Naib Presiden MCA
6. YB Dato’ Seri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO
7. Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Presiden MUBARAK
8. Dato’ Seri Thanenithiran, Presiden Makkal Sakthi
9. Dato’ Sivarraajh, Naib Presiden MIC
10. Dato’ Huan Cheng Guan, Naib Presiden PCM
11. Dato’ Heng Seai Kie, Ketua Wanita MCA
12. Usha Nanthini, Ketua Wanita MIC
13. Nicole Wong, Ketua Pemuda MCA
14. Thinalan Rajagopalu, Ketua Pemuda MIC
15. Shahir Adnan, Ketua Pemuda Ikatan
16. Dato’ Lokman Noor Adam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Majlis ini adalah terbuka kepada semua dan terbuka kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Kerajaan juga.

Majlis ini adalah suatu majlis ilmu perbincangan yang membina dan berhemah bukan platform untuk berdebat atau membuat provokasi.

Sesi berlangsung selama 3 jam. Pelbagai isu semasa berkaitan politik, ekonomi, isu-isu semasa seperti peningkatan kos sara hidup rakyat, kehilangan pekerjaan, pencemaran alam sekitar, Statut Rom dan Institusi Raja-raja, kerjasama BN dengan PAS, PRK Rantau, PRU-15 dan sebagainya dibincangkan.

Ini adalah julung-julung kali dalam sejarah Malaysia sesuatu majlis seperti ini diadakan.

LIVE !! Townhall Politik Malaysia Baharu Bersama Pemimpin Pemimpin BN

Posted by Najib Razak on Friday, 5 April 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here