Antara perkara yang paling mengujakan saya adalah cara pembangkang terutama UMNO dan PAS menerima berita pengumuman hibah TH yang sangat rendah.

Mereka menenang dan meyakinkan pendeposit bahawa masalah ini adalah sementara. Mereka bercerita tentang kegemilangan Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam yang menjadi simbol agama. Mereka memujuk umat agar mengekalkan simpanan bagi mengelakkan institusi ini tergadai di kaki lima. Mereka mengajak pendeposit menjadi rasional, mengendurkan kepentingan peribadi dan melihat masa depan ummah sebagai tujuan yang lebih utama.

Saya tidak dapat bayang kalau kerajaan hari ini adalah BN dan pembangkang masih lagi Rafizi Ramli. Entah apalah yang akan terjadi.

Pembangkang kali ini telah membuktikan mereka adalah cerminan intelektual, peribadi hebat dan pemain politik yang tidak mementingkan diri.

Saya bangga menyokong pembangkang hari ini

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here